06 June 2013

Hati ibu dan sikap pemaaf

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Hidup ni umpama roda,kengkadang di atas kengkadang dibawah. Apa yang Fiza banyak belajar dalam kehidupan ni selama hampir 32 tahun, bukan mudah untuk harungi kehidupan ni sendirian sebab kita dikelilingi oleh ibu dan ayah,keluarga,rakan-rakan serta mereka yang menyayangi kita.

Doa ibu dan ayah la yang merestui perjalanan hidup ini.Doa dan restu mereka yang membuatkan Fiza berada di sini.Jangan sekali-kali lupa akan pengorbanan mereka kerana tanpa mereka siapalah kita.

Me as ibu kepada 3 orang anak, walaupun anak yang sulung baru berumur 7 tahun, sedikit sebanyak telah banyak mengajar hati ini sebagai ibu, sedikit sebanyak memahami perasaan ibu di kala di abaikan,air mata ibu tiada siapa yang mengerti tetapi doa ibu adalah doa paling mustajab dan makbul.Jangan sesekali menyakiti hati ibu walaupun sebesar hama,tapi sikap ibu yang pemaaf adalah penawar segalanya.

Berbalik kepada sikap pemaaf, adalah tidak mudah untuk memaafkan terutama sekali berkaitan dengan perasaan dan hati.Bagi diri Fiza sendiri,Fiza seorang yang pemaaf tetapi tidak mudah melupakan but I'll try my best to not conclude all this negative things inside my heart.Memang tipu la kalau ada yang melupakan segalanya,sekelumit memori tentang pengkhianatan tetap akan ada dalam setiap insan.Bergantung pada penerimaan diri sendiri.

Apapun, jadikan sikap pemaaf itu sikap harian kita.I know its easy to forgive but not to forget.Tiil then..

Wassalam..


post signature

05 June 2013

Review : The Body Shop Mango Body Butter

Assalamualaikum dan selamat petang.

2 minggu yang lalu, saya dan suami berdating ke Aeon Kinta City,Ipoh. Biasalah..lepas balik kerja dan lepak memana dulu sebelum balik dan ambil anak dan terus ke rumah.

So kebetulan di The Body Shop ada buat clearance stock and sale hingga 50%. So i went inside and cuci mata la and tengok apa-apa yang menarik untuk dicuba.

So akhirnya terbeli la benda alah ni..The Body Shop Mango Body Butter dengan harga asalnya RM75 so disebabkan ada less 50% so harganya RM37.50.Sangat berbaloi hokey..dengan kapasiti kandungannya 300ml.Disebabkan body butter ini sangat likat,sesuai digunakan di pejabat sebab kulit cepat kering kalau duduk dalam tempat berekon.


Well,bau dia sangat wangi dan rasa macam letak semua isi mango kat badan.Baunya agak manis dan sangat hydrate.So tak perlu nak topup perfume kat baju or badan coz u're definately smells like mango..

Advantages:

1) Sangat likat dan mudah disapu serta mudah serap dalam kulit.Pakai sikit saja dan bole cover all over your skin.

2) Sangat wangi.

3) Meninggalkan bau yang sangat yummy lepas menyapunya ke badan/tangan/kaki.

4) Boleh juga digunakan sebagai pelembab muka tapi i don't dare to do coz my skin is combination,harus la naik seketul dua nanti.


Disadvantage :

1) Di isi dalam bekas yang non-hygenic coz u have to dip it with your finger and for some person that is gross!


The rest is awesome and i love this product so much!And my kids did too..U should try it too..



Family always be my priority and review : SimplySiti Cover & Care liquid foundation

Assalamualaikum and good morning!

Today is 5 June 2013.Well i'm counting my special day which i'm turn to 32 years old!OMG!32?

I'm bless goin' to be 32 and yes indeed,having a 3 lovely child and a handsome husband who always beside me thru thick and thin.

This morning i'm having a cappuchino and a 2 slice of butterscotch bread.Alhamdulillah for such a great food.



Well,lets get it started..(back to bahasa Malaysia la..)

Ok,Isnin lepas kami sekeluarga menonton wayang.Bawak anak-anak berhibur di cuti sekolah.Jadi kami menonton cerita Epic (kartun). Agak layan la...tapi rate boleh bagi about 3 bintang la.Janji anak-anak berseronok..layankan saje.

Sebelum sampai time masuk ke panggung,kami sekeluarga bergambar gila-gila dulu dalam cube.Picture booth yang bayar RM10 and buatlah gaya ikut suka.

Ok,di kongsikan bersama hasilnya..


So boleh agak la betapa gila-gilanya keluarga kami especially di depan kamera.Ahahahahahah

Ok,now for beauty product review.Baru cuba liquid foundation ni sebab kebetulan BB cream dah habis,jadi ambil kesempatan ini untuk mencuba produk terbaru SimplySiti iaitu Simplysiti Cover & Care Liquid Foundation dengan SPF15. Saya mencuba warna Medium Beige sebab macam kena plak dengan skin tone yang  tak berapa nak cerah ni.Ahahahaha.Harga? Ok la dari Loreal atau Revlon dan yang penting halal dan boleh bawak dalam solat.Harga? RM52.90.Sekarang ni kat Watson tengah ada less..so harganya kurang dari RM50.

Kebaikannya :

1) Coverage yang sempurna , anti-penuaan dan pengawalan minyak yg amaze la.Semalam lepas solat,I try for a first time and guess what..x perlu tepek bedak,.Just pakai foundation ni and kulit akan nampak matte.Suka sangat!Anti penuaan,so bila pakai,muka ala ala muda gitu.

2) Bila pakai selepas sejam dua, automatik foundation ni akan blend dengan kulit and buat kulit nampak flawless and natural.

3) Tak terlalu pekat kalau compared dengan BB cream,sesuai untuk orang kulit yang berjerawat and semua skin types.Sebabnya bila pam, foudantion ni akan meleleh.Namapun liquid kan.

4) Di datangkan dengan pam yang mudah guna.

5) Harga yang agak berpatutan dan kena pada hasilnya.

Ketidakbaikan :

1) Tidak begitu membantu pengawalan minyak di bahagian zon-T (especially kat my hidung).Kena standby blotter untuk serap minyak di hidung.But i'm fine with that.

2) Di datangkan dengan botol kaca.So keep aware la..jangan sampai jatuh berderai..sayang u...

As conclusion,I love this product so much and must have in my daily beauty regime and ini hasilnya!Pakai pukul 6.45am tadi.




So amacam?Boleh la kalau nak cuba kan,maybe bila pakai kat muka uols akan tambah cun and meletops gitu!

So sampai di sini sahaja,nanti kita tulis lagi kat blog ni.Till then..jumpa lagi!!

Wassalam...